Thursday, July 23, 2009

best ke..NUR KASIH..




Salam..

kesempatan yang diberi ALLAH lagi untku aku terus menghirup udaraNya..
dan itu juga bermakna ALlah terus memberi aku peluang utk terus mengabdikan diri kpdNYA
bagi menambah bekalan ku utk ke AKHIRAT sana..

Alhamdulillah Rejab dah berlalu..Syaaban pula datang mengambil tempat..
dan pastinya seluruh umat ISLAM sudah tidak sabar utk menunggu kedatangan bulan yang penuh dengan KEBERKATAN..RAMADHAN KAREEM !

"Allahumma bariklana fi Rajaba wa Syaaban..wabalghna ilaa RAMADHAN"

------------------

Alhamdulillah,sepanjang fatrah Summer nie aku sempat juga berchatting dengan teman2 yg berada di Malaysia..
banyak jg topik yg ingin aku bualkan..
aku tanya teman2..apa yg best kt malaysia skrg..?
antara jwpn yg popular ialah kunjungan MU ke malaysia..
tak kurang hebat juga ada yg mengatakan ttg skuad bola sepak Malaysia yg mempunyai masa depan yg cerah utk menyinar di peringkat antarabangsa satu hr nnti....
btul ke masalahnya?
aku tgk ms MU lawan Malaysia, pemain negara macam tak cukup vitamin je..
entahlah...

Antara yg mnjadi fenomena jgk skrg di Malaysia ialah rancangan drama bersiri di TV3..kalau tak silap aku drama tu tajuk dia NUR KASIH..betul kan?
best sangat ke..?

Nur Kasih jauh berbeda dengan drama Nur Kasih yang pernah disiarkan di RTM suatu masa dahulu. Nur Kasih yang ditunjangi oleh Rusdi Ramli lebih berkonsepkan cinta kampus (pandangan peribadi) dan runut bunyinya diambil daripada lagu Nur Kasih (In-team). Jadi, apa istimewanya drama ini sehingga menjadi buah mulut dan butir bicara mereka?

Secara jujurnya, aku tidak begitu gemar menonton drama atau filem Melayu. Bukan semua cuma sebahagian drama dan filem sahaja. Aku bukan menidakkan kemampuan dan kejujuran pengarah drama tempatan sekarang di dalam menghasilkan karya mereka cuma ada kalanya drama dan filem yang disajikan terlalu stereotaip. Katalah aku apa saja tetapi itulah hakikat yang perlu kita hadapi.

Khabir Bhatia, pengarah muda kelahiran New Delhi telah membuka jalan baru bagi industri perfileman dan drama tempatan. Hasil kerjanya begitu aku senangi. Sudah pasti kamu teringat akan filem Cinta, Sepi, Setem, Kekasih Kuseru dan yang terbaru, Nur Kasih yang merupakan olahan kreatif beliau. Pada pandangan aku, beliau seorang yang dalam bijak mencari dan membidik pemikiran penonton. Bahkan bukan itu sahaja, bagi aku beliau pandai bermain dengan alam atau persekitaran. Buktinya, sinematografi yang digunakan di dalam drama Kekasih Kuseru dan Nur Kasih ini ternyata memberi impak yang berkesan kepada karyanya.

Tidak adil memberikan pujian hanya kepada pengarah Nur Kasih ini saja. Pujian juga seharusnya dialirkan kepada insan dibelakang tabir Nur Kasih iaitu Mira Mustafa, Maizura Mohd Ederis dan Mariana Hashim di atas penghasilan skrip yang aku kira cukup mantap. Saudari Mira (seperti yang ditulis diblog saudari Maizura) mengatakan bahawa “drama ini bukan dakwah. Drama cinta dan keluarga.” Tidak kira apa jua genrenya, aku memang mengharapkan drama sebegini dihidangkan dikaca televisyen.

Jiran kita (Indonesia) telah banyak menghasilkan sinetron dan filem berbentuk keagamaan yang menerapkan unsur kecintaan dan kekeluargaan. Intipati dan mesejnya mudah diserap dan dicerna oleh masyarakat kita. Jadi, tidak salah andai kita memperbanyakkan drama dan filem sebegini kerana kebejatan sosial sekarang mula menghakis nilai-nilai kemanusian, kecintaan dan sebagainya dari dalam diri. Maka, apakah perlu kita memperbanyakkan drama dan filem yang makin menggalakkan masyarakat kepada unsur negatif? Tepuk dada tanya minda.

Berbalik kepada Nur Kasih.

Nur Kasih mula memasuki fasa yang menyesakkan jiwa (pinjam ayat sahabat di sana). Pergolakkan hati dan perasaan yang dialami oleh Nur Amina tatkala mana kata-kata kasar Adam seringkali menghentam hati lembut seorang wanita. Demi keluarga; di atas nama pengorbanan maka dua hati ini terpaksa korbankan cinta dan ego. Masih jauh perjalanan drama ini. Sudah pasti setiap episod akan mengundang rasa ‘menyesakkan jiwa’ kepada penonton dengan pelbagai konflik yang akan berlaku kepada Adam, Aidil, Nur Amina dan Siti Sarah.

Sebelum aku tuntaskan entri Nur Kasih ini, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada tenaga produksi daripada pengarah sehinggalah kepada pelakonnya kerana telah mampu membuka hati aku untuk menonton drama ini dan untuk mencicip mesej yang cuba diketengahkan. Mudah-mudahan, mesej drama ini sampai ke hati pada setiap penonton di Malaysia.

Petikan dialog ini terlalu bermakna buatku:

hajjah-khadijah “Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu.
Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.





lelaki yg baik utk perempuan yg baik..
macam mana pula dengan kes Adam dan Nur Aminah nie..?



kesian sang abang..
Apakah lagi yang sanggup dikorbakan utk cinta??


**disebalik asyik menonton drama ini..yg wajib diutamakn itulah yg paling penting..jangan sampai lupa waajibat kita sbg seorang Muslim sudah lah..
credit to ENCHE AIDILIX..alfu Syukran..

2 Comentários:

Anonymous said...

Subhanallah, sampai ke sini rupanya entri saya tulis berkaitan dengan drama nur kasih.

sebenarnya,terpulang kepada individu untuk mengkaji, menghurai & mencicip makna yang tersirat di dalam drama ini.hampir 3 dekat hidup di dunia fana ini, amat jarang saya disajikan dengan drama yg benar2 membawa saya berfikir adakah saya ini betul2 muslim? adakah benar2 menjaga adab saya sesama manusia? pelbagai!

tapi, nur kasih ni lain.saya melihat drama ini bukan setakat drama bersifat komersial tapi mengajak kita untuk berfikir & menilai. tidak ingin mengulas lebih lanjut, yang pasti kena tonton sendiri drama ini.

saya sudah muak menonton drama tempatan yg stereotaip! saya harapkan pembaharuan di dalam industri perfileman & pengarahan tempatan..

wallahualam..

Anonymous said...

maaf saudara,bandwidth blog sy sudah diambil oleh saudara kerana link gambar dari blog sy diupload terus ke sini.tapi, tak mengapalah, saya halalkan atas dasar perkongsiaan.

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO