Tuesday, August 4, 2009

Futurkah aku..???




Alkisahnya..
Beberapa minggu yg lepas,aku berkesempatan ke hayyu Asyir untuk mendengar sebuah Forum.
Diantara Ahli Panelnya ialah Dato' Dr Hassan Ali dan beberapa lagi Ustaz yang tidak terkenal..
aku tidak berminat utk menceritakan ttg perjalanan dan isi forum tersebut.
Cuma yang ingin aku fokuskan ialah pertemuan aku dengan seorang teman lama dari Tanta,Dia juga kawan sekelas aku semasa aku menuntut di sekolah lamaku HIRA'.
Dalam masa yang singkat tidak banyak yang kami sempat bualkan,cuma saling bertukar khabaran dan sempat bertanya tentang imtihan yang lepas.
Ada satu soalan dari beliau yang betul-betul membuatkan aku terkesima dan dengan serta merta wajahku berubah.

"Macam mana hidup sekarang?". Satu pertanyaan yang bagi aku cukup terkesan di hati.
Aku seperti biasa dengan senyuman sambil menjawab "ana biasa,hidup macam tulah".

Mungkin niatnya sekadar bertanya ttg kehidupan aku sahaja,tetapi bagi aku soalannya itu lebih tertumpu kepada kenapa aku dah tak pergi lagi program-program jemaah.
dan bagaimana hidup aku selepas aku menjauhkan diri dari jemaah.
Itulah bagiku maksud pertanyaannya.

Aku sebenarnya malu nak berhadapan dengan teman lama ku itu.
Beberapa faktornya ialah aku sendiri sudah lama tidak lagi aktif dalam Jemaah dan usrah.
Aku mula menjauhkan diri dengan program jemaah bermula pada bulan 4 yang lalu.Masa itu niat aku sekadar berehat seketika
kerana ingin menumpukan sepenuhnya kpd Imtihan yang akn datang.
Tapi lama kelamaan aku semakin hanyut dan lalai dengan kelazatan jahiliyyah.Aku semakin hanyut,menjauhkan diri dari program-program
jemaah.Ada juga ikhwah-ikhwah yang berchatting dengan ku bertanyakan ttg kenapa aku dah lama tak datang usrah,program dah tak pergi,
aku malu nak jawab,sekadar berkata aku sibuk dengan bermacam-macam alasan.
Adakah aku sudah terkena virus FUTUR?
bermalas-malasan dalam dakwah..

aku ingin titipkan kepada semua tentang kisah seorang sahabat RASUL yang bernama KA'AB B MALIK.
Selama ini beliau tiadak pernah pun mensia-siakan peluang untuk berjihad.Tetapi semasa perang TABUK, Ka'ab merasakan ladang
gandumnya lebih mengasyikkan dari panggilan jihad di TABUK.
Kata KA'AB, "Nanti aku akan kejar rombongan RASULULLAH itu".
Akhirnya KA'AB tertinggal peperangan itu walaupun peperangan itu memakan masa sekitar satu setengah bulan.


Ka'ab Malik tidak menyertai Perang Tabuk kerana lalai seketika...

Mungkin bukan Ka'ab sahaja yang rasa begitu,aku dan semua pendokong gerakah dakwah islamiyah juga akan merasa begitu.
Secara sedar atau tidak,aku merasa ada suatu yang ganjil.Semangat untuk aktif tiba-tiba kendur,dan kelazatan dunia pun muncul saat diri cuma sebagai penonton.


apa itu FUTUR?
Beberapa Ulama dakwah menyebut gejala ini sebgai FUTUR.
Sayid Muhammad Nuh misalnya menyebut,lemahnya semangat dakwah yang sebelumnya berkobar-kobar sebagai FUTUR.
Dari sudut bahasa,FUTUR bererti behenti setelah sebelumya bergerak.

Manusia bukan malaikat.Perkataan INSAN itu sendiri membawa definasi tentang kelemahan manusia iaitu LUPA.
Kadar keimanan kita kita pun boleh turun dan naik.
Dan saling memberi nasihat adalah jalan terbaik agar kita tidak selalu lupa.

3 keadaan yang menunjukkan kalau seseorang itu memang positif terkena virus FUTUR:

Pertama,
Kemalasan dalam menunaikan IBADAH.Apa saja,kalaupun ditunaikan cuma sekadar ingin menggugurkan kewajipan.Tidak ada semangat utk berlumba-lumba dalam kebaikan.


Menyendiri..
Kedua,
Selalu utk menyendiri.Memberi seribu alasan agar diri selalu boleh sendiri.Pokoknya,selalu ada halangan dalam menuntut kewajipan terhadap Ilahi.

Ketiga,
Emosi yang tidak stabil.Tak boleh ditegur dan dupuji.Akan selalu menyalahkan orang lain kerana menganggap dirinya. sahaja yang betul.


Ka'ab bin Malik memang pernah mengalami surut semngat dalam dakwah dan jihad.Tapi,Sahabat Nabi yang telah banyak meriwayatkan hadith ini memohon
ampun pada Allah kerana kekhilafannya.Walaupun ampunan itu mesti ditebus dengan dipulaukan oleh kaum muslimin selama 40 hari.


Jauhkan diriku dari virus ini..

Betapa sukarnya jika FUTUR menghinggap dalam diri ini.
Siapalah aku nak dibandingan dengan Ka'ab bin Malik.
adakah FUTUR aku ini akan diampukan oleh TUHANku..
Ya, Allah sesungguhnya aku sangat takut dengan seksaan MU bagi mereka yang lari dalam perjuangan dakwah ini.
aku tidak mahu KAU menggantikan tempatku ini dengan suatu kaum yang lebih bagus dariku seperti mana yang KAU titpkan dalam kalamMU...

"dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

*****
"ya ALLAH tetapkanlah hatiku ini untuk terus dalam jalan yang mulia ini..janganlah KAU palingkan hati ku ini dari jalanMU"
Sahabat-sahabat..tolonglah nasihatkan aku sekiranya aku terbabas dari landasan ini..

3 Comentários:

Lebah said...

pernah jga berhadapan dengan perasaan mcm nie...cuba 'dekat-dekat'kn diri dgn mereka yg bersemangat...yup

p/s: teringt pesan seorang akhawat, "dakwah tak memerlukan kamu, tapi kamu yang memerlukan dakwah"

Hibatul Haqqi B. Hamdan said...

syukran atas nasihat

Mahadir Amboala said...

mari kita bentuk semangat semula...ana pun pernah menghadapi situasi mcm enta...apa kata kita gerak semula...sebab takde senior di atas ana sekarang ni...ana sedih jd mcm ni...

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO