Friday, May 29, 2009

Belajar dari Mush’ab Ibn Umayr

Setiap muslim harus memiliki kesedaran untuk menjadi dirinya sendiri. Tidak hanya bergantung kepada peribadi orang lain.

berfikir

Suatu ketika Mus’ab dipilih Rasulullah untuk melakukan sesuatu tugas penting, menjadi duta ke Madinah untuk mengajarkan islam kepada orang-orang Ansar yang telah beriman dan berbaiah kepada Rasulullah di Bukit A’qabah. Dia ditugaskan untuk mengajak orang Yathrib untuk menganut agama Allah serta mempersiapkan Yathrib menjadi Madinatul Hijrah untuk menyambut hijrah Rasulullah.

Mus’ab memikul amanah itu dengan berbekalkan kurniaan Allah kepadanya yang berupa fikiran yang cerdas dan budi yang luhur. Dengan sifat zuhud, kejujuran dan kesungguhan hati dia berhasil melunakkan dan menawan hati penduduk Madinah hingga mereka berduyun-duyun memeluk islam. Sesampainya di Madinah, didapatiny a kaum muslimin di sana tidak lebih dari 12 orang, yakni hanya orang-orang yang telah berbai’ah di Bukit A’qabah. Tetapi tidak sampai beberapa bulan kemudian, meningkatlah orang yang sama-sama memenuhi panggilan Allah dan RasulNya.

Pada musim haji yang berikutnya, dari Perjanjian Aqabah, kaum muslimin Madinah mengirim perutusan yang mewakili mereka menemui Nabi. Dan perutusan itu dipimpin oleh guru mereka, oleh duta yang dikiirm nabi kepada mereka, yaitu Mus’ab b Umayr.

Dengan tindakannya yang tepat dan bijaksana, Musa’b B umayr telah membuktikan bahawa pilihan Rasulullah s.a.e ke atas dirinya itu tepat. Dia memahami tugas dengan sepenuhnya, hingga tidak terlanjur melampaui batas yang telah ditetapkan. Dia sedar bahwa tugasnya adalah menyeru kepada ALLAH, menyampaikan berita gembira lahirnya satu agama yang mengajak manusia mencapai hidayah Allah dan membimbing mereka ke jalan yang lurus. Akhlaknya mengikuti pola hidup Rasulullah s.a.w.

Orang besar untuk tugas besar.

pemuda

Mengapa Rasulullah memilih Mus’ab, padahal ramai lagi sahabat yang lebih berpengalaman dan lebih lama memeluk islam? Mengapa beliau mengamanahkan tugas sebesar itu kepada sahabat yang sangat muda, yang juga merupakan bekas anak kesayangan ibu, yang sentiasa ditatang dan dimanjakan? Banyak persoalan besar yang boleh kita timbulkan dariapada ini.

Mus’ab adalah sahabat Nabi yang mampu melakukan perubahan besar dalam hidupnya sehingga Nabi sebenarnya tidak tersalah pilih. Ini kerana insan yang bersedia berubahlah yang bersedia memikul tugas yang besar. Adapun orang-orang kecil, yang penakut, tidak mampu untuk diajak berubah dan hanya senang menjadi pengikut. Mus’ab bersedia belajar dan belajar di dalam keterbatasan. Idealnya proses tarbiyah dan Tholabul I’lmi perlu berlangsung dengan adanya pendidik atau pembimbing, anak didik, bahan bantu pengajaran seperti buku, alatulis, tempat belajar serta lingkungan yang mendukung bi’ah solehah. Namun tidak dinafikan kemungkinan elemen-elemen yang sedia ada tidak lengkap sehingga proses pembinaan individu tergendala.

Bagi peribadi seperti Mus’ab yang sentiasa bersedia untuk berubah dan bekerja, walaupun terdapat halangan dan rintangan semuanya itu hanya akan menguatkan dirinya. Berhenti? Tidak sama sekali. Merasa terpaksa? Tidak pernah.

*dipetik dari Tarbiyah Dzatiyah – Solikhin Abu ‘Izzuddin

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO