Monday, May 25, 2009

::Beza kita dan SAHABAT::

Salaam

bismillah...

Berjaya juga aku berpindah..
masih dalam " dunia" yang sama..iaitu [blogspot]
tak banyak yang aku nk tulis dkt "rumah" baru ini..

Alhamdulillah.selepas selesai menyiapkan segala material di rumah baru aku ini,teringat sebuah ucapan yang pernah disampaikan oleh seorang Ustaz.Aku pun tak berapa nak ingat sangat,tapi bolehlah sekadar yang mampu tuk diingati..

" Beza Kita Berjuang dengan SAHABAT Berjuang"


RASULULLAH dan Para Sahabat gigih berjuang..
Akhlak Mereka Cemerlang dan Terbilang..
Kita gigih berjuang,tapi akhlak kita sangat malang..

MEREKA berjuang begitu tekun dan serius..
di malam hari menjadi 'abid, menangis mengenang dosa..
Kita Serius jugak berjuang, tapi solat SUBUH yang wajib terabai..

MEREKA sibuk berjuang, balik ke rumah laksana Syurga..
Kita sibuk jugak berjuang, tapi balik ke rumah bermasam muka..





MEREKA bila berhadapan dengan ujian, sabarnya amat ketara..
musuh-musuhnya didoakannya..
Kita bila berhadapan dengan ujian, rasa derita dan kecewa..
maka kita pun melaknat dan mencerca musuh kita..
Kita pun mengata di sini sana, seluruh negara mendengarnya..

MEREKA berjuang: SAHABAT yang kaya gembira memberi
yang miskin tidak meminta-minta..
Kita yang kaya menambah lagi harta..
kawan seperjuangal tinggal menderita..
kita susah hendak memberi..
yang miskin pula meminta-minta..

MEREKA dan Kita. tentang berjuang sama-sama sibuk dan gigih..
tetapi di dalam perkara lain jauh berbeza..
MEREKA benar2 model di zamannya..
Kita??

Marilah kita sama-sama berjuang membetul dan membaiki diri..
Agar Allah Taala Redha..
manusia senang menerima..


-------------------
banyaknya Perbezaan perjuangan kita dan MEREKA..
kalau anda betul-betul seorang pejuang,Nah!!..Islah la diri sekarang..
bukan masanya lagi nak menyalahkan orang lain lagi....
tepuk dada,tanya IMAN!!
peace

2 Comentários:

Rabiatul 'Adawiah Mohd Hosni said...

ehem..mcm resolusi u post aku plk

=)

Hibatul Haqqi B. Hamdan said...

ehe..
mgkin kot..
uhu

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO