Tuesday, August 18, 2009

bidadari....bidadari......

bismillah...
Syukut nikmat Tuhan,br pulang dari "berpeleseran"di Kota Alexandria..
tugas sebagai khalifah..
sebagai Muslim..mu'min..
tanggungjawab sebagai seorg kawan..
lalu,
berjalan,bermusafir,melihat kebesaran Tuhan...
Lantas bersyukur...

Dalam perjalanan pulang ke Cairo,aku sempat membelek lagu mp3 dalam hp ku.Aku terlihat satu lagu yang bertajuk 'bidadari' yang dinyanyikan oleh Munif Ahmad.
Terdetik dalam hati,bilalah aku masukkan lagu ini,dengar pun tak pernah.Gagahkan juga utk mendengar walaupun mataku tidak mampu lagi utk terbuka. Inilah yang aku dengar..



Selesai mendengar,hilang ngantuk..terus aku teringat akan dua kisah berkenaan 'bidadari'.

Kisah satu:

Beberapa hari selepas kematian yg mengejutkan iaitu arwah Ust Asri,aku ada terbaca sebuah keratan di akhbar tentang didikan hati ke hati dari arwah kpd isteri dan anak-anaknya,
Pada akhir artikel tersebut, isteri (tak ingat nama) arwah ada mengungkapkan beberapa potong ayat yang berbunyi..
"Saya tak akn berjumpa Asri(arwah) lagi di dunia ini..kalau Allah takdirkan utk sy,sy akn berjumpa Asri di Syurga nanti insyaAllah.." sambil tersenyum..
Allahuakbar..Subhanallah..
Hebatnya didikan Arwah Ust Asri kepada isterinya sehingga boleh mengeluarkan ayat seperti itu..inilah 'bidadari' di dunia dan di Syurga nanti insyaAllah..

Kisah Dua :

Teringat juga akan kisah bagaimana suatu ketika di Mesir,seorang setiausaha agung Ikhwan Muslimin telah ditahan iaitu Syeikh Mustafa Masyhur.Ketika beliau ditahan oleh pihak polis Mesir,ada bersamanya senarai ahli-ahli Ikhwan Muslimin di Mesir pada ketika itu.
Akhirnya pihak kerajaan Mesir menangkap kesemua ahli Ikhwan dan telah dipenjarakan sehingga 20-30 tahun.Pihak kerajaan Mesir menganggap penahan kesemua ahli ikhwan akan menghapuskan keseluruhan Ikhwan Muslimin. Tetapi ternyata mereka silap,Ikhwan Muslimin semakin kuat dan semakin berkembang.
Ini ialah kerana hasil didikan para isteri ahli ikhwan yang ditangkap kepada anak-anak mereka sehingga mereka membesar menjadi seorang pejuang sama seperti ayah mereka yang telah ditahan,Akhirnya sang ayah dan si anak telah bergabung selepas mereka dibebaskan.kekuatan Ikhwan Muslin ketika itu sangat luar biasa dan sangat menggerunkan kerajaan pada masa itu.
Betapa besarnya impak didikan seorang isteri kepada anaknya walaupun tanpa sang suami di sisinya.Inilah 'bidadari' yang diimpikan.telah melengkap agama dan perjuangan suami sehingga akhir hayat mereka.
Aku sangat setuju bila orang cakap "tangan yang hanya menghayun buaian boleh menggegar dunia". bidadari oh bidadari :)

**********

tulisan ini hanya sedikit pandangan peribadi aku berkenaan maksud "bidadari"..
siapalah taknak bidadari...
bagi aku...'bidadari' aku mestilah....


Pandai menjaga hati ayah dan ibunya

Bisa cipta yg gula dari yang cuka

Pandai menukar yg duka kepada suka

Cekap memasak garam gula secukup rasa

Pandai menjaga harta dan juga duitnya

Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya

Setia pada Yang Esa satu-satunya

Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya

kalau ada yang macam itu..
Tak usah lengah....
Ayuh kita berumah tangga...
hehe :)

3 Comentários:

shahadah said...

salam..lagu yg sgt jadi inspirasi..dh lama cari yg bagus qualitinya..b4 ni download tpi cm xsedap je..tpi asal xleh dolod kat you tube erk...syukran.

Latifah A'esyah said...

Bukan harta yang kita perlukan,
bukan keturunan yang menjadi keutamaan,
bukan kecantikan yang kita idamkan,
tetapi kefasihan agama itu yang kita dambakan.

Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim dan ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

JARANG TERHIMPUN PADA SEORANG WANITA ITU SIFAT CANTIK, CERDIK DAN TERDIDIK.

Hibatul Haqqi B. Hamdan said...

btul3..sangat setuju....

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO