Sunday, August 23, 2009

bila rindu..RAMADHAN...

'Ramadhan Kareem'
'Allahu Akram'..
Ucapan biasa ketika di bulan Ramadhan bg masyarakat Mesir hari ini...

Aku membuka lembaran blog ini dengan menyambut kehadiran Ramadhan. Syukur diri masih lagi diberi kesempatan berada dalam bulan yang penuh bermakna.

Aku seorang yang gemar memanggil kembali memori-memori indah zaman kecil. Ramadhan pula adalah momen berlakunya keindahan-keindahan yang tidak terkata. Alangkah seksanya perut ketika menahan seksa waktu pertama kali berpuasa. Namun, kesakitan hilang tika menjamah juadah berbuka bersama seisi ahli keluarga. Selesai solat Maghrib, bukan masjid yang dituju, tapi laman rumah sebelah; berkongsi mercun dan bunga api, memulakan misi menggempur ‘tentera musuh’ dari seberang jalanraya (hahaha).

Saban tahun aku berharap agar Ramadhan yang menjelang bakal membawa aku kembali ke zaman tersebut; ketika kita tidak pernah kisah tentang tugasan yang membingungkan, ketika kita asyik bertanya pemainan apa bakal menjadi teman esok hari, ketika kita seronok berbasikal, berkejar dan meronda keliling kampung. Masa depan ketika itu tidak pernah melebihi batsan esok hari. Namun, sehari yang kta alami benar-benar dirasai dan berbaloi.
Tapi usia kini tidak membenarkan aku berbuat demikian. Banyak sekali ‘pantang-larang’ yang mencegah jasad untuk kembali ‘beraksi’ sebagai kanak-kanak; pantang larang yang tak mampu aku ketepikan.

Hari ini, saban Ramadhan aku diisi dengan bacaan Al-Quran,zikir,menonton video pengajian Syeikh Nuruddin dan sebagainya. Seronok juga utk berebut-rebut dengan pak arab utk masuk ke dalam masjid ketika hendak berterawih. Berbuka di masjid-masjid yang menyediakan "maidaturrahman". Berebut utk membeli jus "tamrhin". Dan bermacam-macam ragam. Seronok, tapi tak seseronok zaman kanak-kanakku.

Aku rindukan zaman kanak-kanak. Rindukan masakan MAMA,rindu kenangan silam. Aku rindukan keluargaku. Ketika aku dihimpit kesibukan beribadah dan tugasan-tugasan lain, aku gagahkan juga utk menulis sekadar ingin meluahkan rasa rinduku..rinduku pada semua itu...

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semarakannya dengan keriangan yang penuh makna.

2 Comentários:

shahadah said...

alangkah bahagianya punya masa silam yg bahagia..moga2 masa mu terus dengan bahagia..waktu xpernah menunggu..namun kerja semakin bertimbun didada meja. andai mahu terlena, moga terdetik di jiwa..rehat kita bukan didunia..tapi disana..pesanan buat diri jua..

Anonymous said...

Kuatkan azam dan semangat. Teruskan perjuangan di perantauan!

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO